Keputusan Ujian USIM 1 telah keluar semalam, 9 November 2015. Cepat betul. 28 Oktober duduki ujian, 9 November sudah dapat keputusan. Ini menunjukkan pihak Permata Insan USIM memang cekap. Tahniah kepada kakitangan Permata Insan.
Alhamdulillah, Bunyamin Mohd Yussof juga berjaya ujian USIM1 ini. Ke Negeri Sembilanlah nampaknya awal Disember ni. Syukur alhamdulillah. Semoga Amin akan timba banyak pengalaman berharga di sana nanti. Beberapa kali Ummi tanya Amin sama ada dia nak pergi ke tak ke kem tu. Amin kata dia nak pergi. Semoga Amin gembira dan bersemangat sepanjang berada di kem itu nanti. Semoga Allah Ta'ala permudahkan setiap urusan Amin di sana, insyaa Allah.
KEPUTUSAN PERMATA INSAN 2015


No comments:
Post a Comment