Saturday, 23 July 2016

Bunyamin Di Kem Permata Insan Tahap 2

Sesi hafazan. Mereka mula menggunakan Kaedah Al-Baghdadi (Hafazan Neuro Nadi). Tahu tentang teknik 'tebuk'? Anak-anak diminta menyambung ayat -ayat secara secara rawak dengan guru atau ibu bapa menyatakan nombor ayat. Boleh juga anak-anak diminta menyambung ayat yang dibaca oleh guru atau ibu bapa. Fokus bagi Tahap 2 (9 tahun, bulan Jun) ialah Juz Amma.


Hari pertama sudah menduduki ujian. Tahapnya memang jauh lebih tinggi daripada silibus murid berumur 9 tahun di sekolah. Ada ujian Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan beberapa subjek lagi. Bunyamin menduduki tempat kesepuluh. Namun begitu, markah tidak jauh sangat berbeza dengan murid-murid di atasnya.


Bunyamin menerima hadiah untuk pengucapan awam. Tajuknya ialah Buruj. Mereka berbincang dalam kumpulan dan Bunyamin dipilih untuk mewakili kumpulannya membuat pengucapan awam di depan semua.


Sesi memasak. Mereka menggoreng spageti. Bunyamin cerita yang mereka terlebih letak garam. Maklumlah mungkin masing-masing baru kali pertama belajar memasak.


Aktiviti di Balai Cerap di Port Dickson. Bunyamin sangat suka aktiviti ini. Sampai sekarang, Bunyamin masih ingat apa yang disampaikan oleh petugas balai cerap. Beberapa hari lepas, Bunyamin bercerita tentang fenomena julangan di matahari yang boleh mengganggu gelombang telekomunikasi seperti internet di bumi.


Bunyamin bersama-sama wakil kumpulan-kumpulan lain yang membuat pengucapan awam.


Pada hari Khamis, Bunyamin menerima Anugerah Button Batch. Anugerah ini diberikan kepada peserta terbaik bagi hari berkenaan.


Di Balai Cerap


Talentime. Bunyamin dan kumpulannya berlakon tentang pergolakan di Palestin.


Baru tiba di Balai Cerap


Sesi 'supper' seepas kelas hafazan.



Bersiap sedia untuk Pertandingan Tilawah Al-Quran. Bunyamin dapat ayat-ayat surah Al-Imran. Susah katanya...


Talentine. Ahli kumpulan Bunyamin.



 Aktiviti belajar tentang Buruj


Aktiviti membina Roket Air. Bunyamin cerita pada Ummi yang roket air kumpulannya boleh naik hingga ke 3 1/2 tingkat bangunan yang berdekatan. 


No comments:

Post a Comment