Saturday, 23 July 2016

Kem Permata Insan Tahap 2 Jun 2016 (Hari Ketiga)

Aktiviti Bunyamin Mohd Yussof di USIM pada hari ketiga. Amin mewakili kumpulanya membuat pengucapan awam. Ahli-ahli kumpulan bersama-sama memberi idea dan berbincang sebelum Amin naik ke pentas. Abang Fasi bagitahu yang Amin malu-malu tetapi Amin bercakap dengan 'fluent' di atas pentas. Ada masa nanti, kita berlatih 'cakap spontan' di rumah. Ummi bertekad untuk manfaatkan cuti 3 bulan pengajian master untuk memberi lebih tumpuan kepada kemenjadian anak-anak. In syaa Allah.
Aktiviti sebelum itu, mereka membina buruj dalam kumpulan. Di Kem Permata Insan, mereka belajar tahap yang lebih tinggi daripada apa yang mereka pelajari di sekolah. Tajuk Buruj tiada dalam silibus Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3.
Gambar kelas tajwid dan minum malam tu sebenarnya gambar malam hari kedua Amin di sana.
Semoga Amin menimba banyak ilmu dan pengalaman bermanfaat di sana. In syaa Allah. Aamiin yaa Allah.






No comments:

Post a Comment