Sunday, 30 July 2017

Hadiah dari Bunyamin

Tengah hari kelmarin, Ummi pergi Mydin dengan Bunyamin Mohd YussofDarwisy Mohd Yussof dan Humaira Mohd Yussof tinggal di rumah temankan Huzaiman yang tidur. Awisy dan Yaya memang tak nak ikut... tak larat, kata mereka.
Amin tanya Ummi semasa di Mydin, "Ummi... boleh tak Amin nak belanja kerongsang untuk Ummi?". Ummi jawab, "Boleh... Amin beli je yang kecil-kecil, yang Ummi pakai kat bahagian leher tu...".
Terima kasih, hero kecil Ummi. Semoga Allah murahkan rezeki Amin dengan rezeki-rezeki yang terbaik. Aamiin yaa Razzaq.
Hihihi...
Pernah tak lihat di bahagian beli lauk basah, anak-anak pilih dan ambil lauk dan ibunya jadi supervisor😅?
Bila anak-anak yang minta nak buat, Ummi beri mereka peluang... memang kebiasaan Amin, Awisy dan Yaya berebut-rebut nak ambilkan ikan, sotong, udang, paha ayam, chicken whole leg...
Pernah seorang opah bagitahu cucunya, "Tengok adik ni (Amin), rajin...". Amin sedang ambil udang masa tu.
Semasa Ummi sedang siang sotong kelmarin, Amin tanya, "Ummi...kenapa masa nak beli sotong, Ummi tak bagi ambil sotong yang tak ada kulit tapi masa nak masak Ummi buang juga kulit dia?".
Ummi jelaskan berkaitan kesegaran sotong...



No comments:

Post a Comment