Saturday, 29 July 2017

Ujian UKM2 2017

Mujur jumpa Ustazah Siti Khairani Khairani hari ini. Ummi tak perasan info yang Cikgu Ayu share di group official sekolah.

Tahun lepas Darwisy Mohd Yussof dah duduki Ujian UMK1 ni tetapi tak berjaya ke UKM2. Tahun ni, nampaknya ada rezeki Awisy untuk merasai pengalaman menduduki UKM2. Enjoy the test... all the best my sons. Bunyamin Mohd Yussof pun kena duduki sekali lagi. Semua peserta kem Permata Insan kena dudukinya sekali lagi tahun ni. Ada banyak rombakan. Kelas bulanan pun dah dimansuhkan.

Apapun resultnya nanti, Ummi tak kisah. Ummi pasti apa yang Allah tentukan pasti yang terbaik untuk hambaNya


Tahun ni, Darwisy Mohd Yussof dan seorang murid Tahun 5, Urwatul layak ke UKM2. Tiada persediaan yang dilakukan dan sememangnya begitulah yang sepatutnya. Mereka menyatakan ujian kepintaran perlu berlaku secara spontan dan semula jadi.
Semoga Allah suburkan kepintaran anak-anak Ummi dari masa ke masa hingga ke hujung hayat. Semoga kepintaran anak-anak Ummi membawa manfaat dan kejayaan dunia akhirat. Aamiin.
Ummi belum dapat kenal pasti bidang kognitif atau bakat mana yang menjadi domain kepintaran anak-anak Ummi. Cuma, yang Ummi dapat lihat Bunyamin Mohd Yussof sangat suka mereka cipta.


Ujian UKM2 untuk Darwisy akan berlangsung pada 1 Ogos ini di SK Jalan Pegoh, Ipoh.
Semoga Allah tentukan yang terbaik buat Awisy, Amin dan Urwatul.



No comments:

Post a Comment