Saturday, 5 December 2015

Bunyamin Di Permata Insan (Hari Keempat)

Aktiviti Explorace Bahasa Arab. Mereka mencari barang-barang tersembunyi, menyenaraikan barang-barang tersebut dan menulis nama barang-barang tersebut dalam Bahasa Arab.

Waaaaa...'Jeles' Ummi tengok Amin berkepit dengan kakak Fasi je. Maklumlah, orang kacak, bergaya dan romantik. Hihi.

Mempersembahkan hasil pencarian barang-barang tersembunyi tadi.

Aktiviti apa agaknya tu ye. Senaman pagi ke?

Ni mesti sedang bersarapan pagi. Makan nasi goreng. Amin suka nasi goreng tapi Amin lebih suka nasi goreng kicap.

Amboi.. amboi... berkepit dengan kakak fasi lagi. Kenapa Amin seorang je lelaki kat sini?

Permulaan bagi aktiviti petang yang sudah lama Amin nanti-nantikan.

Perlawanan bola sepak... 

Waaaaa.... Berjayakah Amin menjadi sehebat idolanya, Christiano Ronaldo? Inilah detik yang paling Amin suka. Ummi berharap dan berdoa pada Allah agar Amin dapat membangunkan potensi diri secara maksimum sepanjang di kem Permata Insan.

Malam ni, talaqqi al-Quran lagi. Semoga Amin berjaya meningkatkan kualiti bacaan Amin dan berjaya menghafal surah as-Sajdah juga sebelum balik ke Ipoh pada 14 hari bulan. 








No comments:

Post a Comment