Thursday, 3 December 2015

Bunyamin Di Permata Insan (Hari Ketiga)

Tidak berenggang dengan kamus dan Al-Quran nampaknya Bunyamin di sana. 


Khusyuk nampaknya Bunyamin mendengar penerangan fasilitator. Semoga Amin sentiasa fokus dan boleh menjalani setiap aktiviti dengan sebaik mungkin. Insyaa Allah.

Apa yang difikirkan oleh Amin ye... Nampak kawan sebelah tu main khusyuk menelaah kamus. Rindu Ummi, Abi dan adik-adik ke tu?

Menaiki bas ke USIM untuk kelas ICT. Mesti Amin seronok dapat naik bas bersama kawan-kawan. Budak zaman sekarang bukan macam zaman Ummi dulu. Sekarang, semua ibu bapa ada kereta. Peluang untuk menaiki bas jarang sekali ada kecuali kalau ikut rombongan sekolah atau sekolah bawa pergi bertanding ke mana-mana.

Dah tiba di USIM nampaknya...

Ini mesti belajar buka portal Permata Insan yang guna untuk pembelajaran E-learning nanti.

Kenapa komputer Amin seorang je yang tidak 'ON'? Rosak ke komputer tu?





Aktiviti Riadah. Mana-mana gambar yang ada Amin walaupun nampak sipi-sipi je, Ummi masukkan juga dalam blog ni.

Aktiviti malam ini. Musabaqah Tilawatul Quran. Surah apa agaknya yang Amin baca ye...



No comments:

Post a Comment