Tuesday, 1 December 2015

Bunyamin di Permata Insan (Hari Pertama)

Sebelum ini, bila Ummi cari maklumat tentang aktiviti sebenar di Permata Insan susah nak dapat. Yang ada hanya di laman web Permata Insan. Mengambil peluang adanya Bunyamin dalam Program Permata Insan, Ummi ingin kongsikan segala aktiviti yang Amin ikuti di sana dalam blog ini. Mungkin ia berguna kepada ibu bapa yang ingin mengetahui lebih dekat tentang aktiviti-aktiviti yang anak-anak lakukan di Program Permata Insan.

1 Disember 2015. 2:30 petang hingga 4:30 petang: Bunyamin menduduki satu ujian penilaian. Item-item penilaiannya terdiri daripada English, Bahasa Arab, Tajwid, Hafazan, IQ dan Quran Sunnah. Ummi harap Amin telah menjawabnya dengan baik.



Bunyamin dalam kumpulan berlima bersama-sama abang Aliff (Muhammad Alif Qhuarizmey bin Kamerezan), fasilitator Amin, pelajar major Bahasa Arab dari IPG Amin. Mereka sedang menjalankan aktiviti Talaqqi Al- Quran. Untuk umur 8 tahun, Amin perlu menghafaz surah As-Sajdah dalam tempoh 2 minggu di kem ini.

Sesi Riadah. Amin mesti suka sesi ini. Nanti ada perlawanan bola pula,



No comments:

Post a Comment