Hari ni Bunyamin Mohd Yussof ada lawatan ke Zoo Negara. Ada aktiviti explorace di sana nanti. Mesti Amin seronok. Insyaa Allah. Ummi doakan Amin dan semua ahli rombongan selamat sepanjang aktiviti... selamat sepanjang masa... di bawah perlindungan dari Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Memelihara. Aamiin yaa Allah. Semoga semuanya berasa seronok dan mendapat banyak manfaat daripada aktiviti ini. Insyaa Allah.
Antara aktiviti menarik Amin di Permata Insan. Amin bersama-sama abang Fasi, Alif dan kawan-kawannya. Mereka semua di bawah jagaan abang ALif 24 jam sehari.
Aktiviti-aktiviti lain seperti latihan bola sepak dan hafazan surah berjalan macam biasa cuma Ummi tidak mendapat fotonya.
Amin gembira main bola petang ini. Nak tahu sebabnya? Baca mesej Amin kat bawah ni...










No comments:
Post a Comment