6 Ogos 2016
Kembali ke rutin asal...
Bulan puasa dah berakhir... bulan Syawal pun sama. Bulan Ogos pun dah kunjung tiba. Abi pun dah tamat kursus di Port Dickson selama hampir 2 bulan. Kini, rutin Bunyamin Mohd Yussof Darwisy Mohd Yussof telah dan akan kembali seperti biasa. Pagi tadi, Bunyamin kembali semula mengikuti latihan bola sepak Boss Gaurus untuk kanak-kanak. Dia bersemangat sungguh bab-bab bola sepak ni. Pagi esok pun ada latihannya (setiap Sabtu dan Ahad).
Petang ni, seperti beberapa minggu sudah, Bunyamin dan Darwisy ke kelas Hafazan Al-Baghdadi di SK Wira Jaya dari pukul 2:30 hingga 5:00 petang.
Dan seperti beberapa bulan yang lalu sebelum berpuasa, minggu ini atau minggu depan, mereka akan kembali mengikuti kelas memanahAlustazdrsharani Ibrahim.
No comments:
Post a Comment