Lukisan Amin...
Wah! Boleh tahan juga lukisan Bunyamin Mohd Yussof ni. Bagus, Amin! Sangat bagus!
Ada banyak sebenarnya kelebihan anak sulung. Ketika itu, hanya kita dengan dia sahaja. Segala-galanya ditumpukan pada dia. Ummi banyak luangkan masa dengan Amin ketika Amin kecil. Ummi ajar Amin baca buku ABC. Ummi tak ajar Amin menghafal seperti nyanyikan lagu terus dari A sampai Z. Sebaliknya, Ummi ajar Amin huruf satu persatu. Umur 3 tahun, Amin sudah kenal huruf secara rawak dan boleh baca nombor plat kenderaan.
Detik Amin paling suka bila Ummi melukis untuk Amin. Budak lelaki...Amin selalu minta Ummi lukis kereta polis, helikopter, kapal terbang, lori pasir, bas, keretapi dan macam-macam lagi. Lama-lama, Amin pun cuba melukis sendiri. Sampai sekarang Amin minat melukis. Kadang-kadang Amin melukis dan menulis komik.
Gambar Joker ni Amin lukis tiru dari buku. Pokemon dan Ninja, Amin lukis tiru dari google images.





No comments:
Post a Comment