Thursday, 18 August 2016

Pahlawan Melayu Kesayangan Ummi

Pahlawan Melayu kesayangan Ummi. Bunyamin Mohd Yussof. Keris dan bunga silat Amin berjaya memikat hati juri. Aminkan berani. Berani membuka buah silat walaupun yang Amin reka sendiri secara spontan. Ummi selalu pesan pada anak-anak Ummi, Darwisy Mohd Yussof danHumaira Mohd Yussof jangan malu untuk buat sesuatu yang berkaitan pembelajaran, sesuatu yang baik. Terima kasih yang tidak ternilai kepada guru-guru taski mereka,Cikgu Linda Norazlinda dan Cikgu Nurul Waheeda Zainal Abidin kerana banyak memberi peluang mereka dalam pelbagai pertandingan sepanjang 3tahun belajar di Taski Abim Al-Hilal (Amin dan Awisy) dan Taski Abim Nurul Huda 2 (Humaira).
Malu tak bertempat...
Inilah sifat yang biasa dijumpai pada diri anak-anak didik. Malu bila diminta bercerita di depan, malu keluarkan suara dengan kuat dan jelas untuk pengucapan awam berkaitan topik pembelajaran, malu untuk membuat 'presentation' hasil kerja...
Tapi...tidak pula malu berbuat bising di dalam kelas hingga ditegur oleh guru. Tidak pula malu bila berlawan gaduh dengan kawan. Tidak pula malu bila ditangkap buat perkara melanggar undang-undang sekolah.
Ummi selalu nasihatkan hal ini kepada anak-anak Ummi dan anak-anak murid juga. Kadang-kadang guru pun perlu mainkan peranan. Guru minta murid bercerita dengan berani, suara kuat dan intonasi yang menarik. Tapi... guru tak memberi contoh pun. Sekadar meminta sahaja. Guru sendiri juga perlu berani. Tunjukkan pada murid bagaimana guru sendiri boleh bercerita dengan baik, jadi role model kepada murid.
Ummi pernah sekali relif waktu DST kelas 2 Bijaksana. Tajuk Tumbuhan. Cerita tentang Pengembaraan Si Bawang. Ummi mulakan dengan bercerita seperti intonasi kanak-kanak bercerita dalam pertandingan (Ummi kan masih ada perangai budak-budak...huhu...). Mereka dengar sambil tersengih-sengih. Mula-mula, mereka malu nak mencuba. Lama-lama, makin lama yang ingin bercerita di hadapan. Murid-murid perempuannya bukan main suka. Hari-hari selepas itu pun selalu tanya sama ada Ummi akan masuk lagi kelas DST mereka. Bertambah lagi peminat kecil Ummi. Bertambah banyak pelukan yang Ummi terima.



No comments:

Post a Comment