Sunday 18 January 2015

Dari Kecil Hingga Dewasa oleh Bunyamin











Papercraft Jentera Bomba

Bunyamin dengan papercraft jentera bomba. Bunyamin cari sendiri di google images, copy paste ke powerpoint, print, gunting dan cantum sendiri. Sangat bagus kerana Bunyamin sudah boleh buat semuanya sendiri. Darwisy pun sama. Nanti Umi masukkan gambar Awisy pula.


Snowman

Lepas tengok video tutorial buat snowman, Amin dan Awisy terus minta belikan stoking untuk buat. Sepatutnya guna stoking terpakai sahaja tapi Umi berpendapat lebih baik guna stoking baharu yang masih bersih. Di dalamnya isi beras. Abi cadangkan guna pasir tapi kat kawasan rumah ni tiada sumber pasir bersih. Amin dan Awisy kata nanti balik Kelantan, ambil pasir di Bachok, rumah nenek sepupu mereka, Amir.

Kat bawah ni pautan ke video tutorial tersebut.