Thursday 18 August 2016

Rezeki Darwisy Pula

Hari ini rezeki Darwisy Mohd Yussof pula selepas Bunyamin Mohd Yussofdalam pertandingan mewarna dan Humaira Mohd Yussof dalam sukaneka Taski. Alhamdulillah. Tempat pertama menulis 10 Asma ul Husna secara kreatif dalam kelasnya di sekolah agama rakyat Srar Sg Rokam. Hadiahnya awal-awal lagi dah dibuka di transit Cikgu Linda Norazlinda. Tunjuk pada Ummi di sekolah tadi pun yang sudah tidak berbalut. Excited kot ye, Awisy? Tahniah ye, Awisy.
Rezeki setiap anak berbeza-beza. Doakan yang terbaik untuk anak-anak. Antaranya, baca surah al-Fatihah dan niatkan sedekah pahalanya untuk anak-anak sekurang-kurangnya pagi, selepas solat Subuh. Semoga semuanya berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin yaa Allah.






Tunaikanlah Solat Anak-anak Kesayangan Ummi dan Abi

Mendidik anak-anak bukan mudah...
Bunyamin Mohd Yussof Darwisy Mohd Yussof Humaira Mohd Yussof... hari-hari Ummi dan Abi ulang cakap bab suruh solat ni kan? Kadang-kadang sampai berulang kali dan Ummi atau Abi mula tinggikan suara. Banyak 'dramanya'. Masa itulah, tiba-tiba nak makan, nak minum...hummmmm....Belum lagi yang ulang jawab "Jap...jap...jap..."
Macam itulah mendidik anak-anak disiplinkan diri untuk solat. Besar cabarannya. Semoga cepat tiba masanya Amin, Awisy dan Yaya ingin segera tunaikan solat pada setiap waktu tanpa perlu Ummi dan Abi ingatkan lagi. Semoga kita tidak tergolong ke dalam golong yang menunaikan solat tetapi sia-sia dan rugi seperti yang Allah ingatkan kita dalam surah al-Maa'uun. In syaa Allah. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.


Kawan Baik Bunyamin Di Taski




Kawan baik Bunyamin Mohd Yussof semasa di taski. Kalau sekarang mereka belajar satu kelas, mesti mereka masih berkawan baik..😘
😘😘

Bunyamin Masuk Akhbar

Ada juga muka hero Ummi Bunyamin Mohd Yussof masuk surat khabar. Ini lagi advance daripada Ummi. 😅😅😅




Hadiah yang Bernilai Tidak Perlu Mahal...

Hadiah yang bernilai tidak perlu mahal...
Hadiah untuk usaha Bunyamin Mohd Yussof semalam. 3 buah buku buku Siri Tiga Penyiasat, adaptasi daripada buku-buku Alfred Hitchcock. Amin tidak sabar-sabar hendak membelinya. Semalam sudah ke MPH dan Mydin dengan Ummi tetapi tiada bukunya. Ummi masih ingat yang buku-buku ini ada dijual di Kedai Buku Riccoh. Petang ini, Amin ajak Abi ke sana. Sebuah buku baru berharga RM3.20. Masa Ummi kanak-kanak dulu, buku-buku ini berharga RM1.90 sebuah. Tidaklah jauh sangat beza harganya. Selamat membaca, Amin. Alami keseronokan zaman kanak-kanak seperti yang Ummi alami dulu. Buku-buku seperti ini boleh memotivasikan diri untuk berfikir di luar kotak dan semoga IQ Amin juga semakin meningkat. In syaa Allah. Aamiin yaa Allah.

Ummi bercadang akan belikan Amin buku-buku dari siri-siri ini sekurang-kurangnya tiga buah setiap bulan. Awisy pun baca juga ye...







'Hadiah' Sempena Hari Kidal Sedunia...

'Hadiah' sempena hari kidal sedunia...
Hero kidal Ummi, Bunyamin Mohd Yussof menang pertandingan mewarna anjuran Bank Rakyat hari ini. Amin berasa sangat seronok. Sudah lama Amin tidak mendapat hadiah untuk pertandingan mewarna. Hari ini, Ummi lihat Amin mewarna dengan penuh tumpuan, bersungguh-sungguh. Hari ini Amin bermain dengan tona warna.
Motivasi bagi Amin...
Mungkin Amin bersemangat kerana Abi berjanji hendak belikan hadiah Hot Wheels nanti jika Amin menang. Amin sekarang mengumpul koleksi Hot Wheels. Ummi pula hendak belikan Amin buku-buku penyiasatan dan pengembaraan untuk Amin dari siri-siri Enid Blyton, Alfred Hitchcock, Hardy Boys...sempena usaha Amin hari ini. Amin juga sudah mula meminati buku-buku ini. Minat Ummi semasa zaman kanak-kanak sudah turun kepada Amin.
Luahkan kesyukuran...
Amin berkali-kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi. Banyak sebab Amin bersyukur hari ini. Amin kata ini kali pertama Amin menang pertandingan mewarna yang dapat hadiah berupa wang. Amin dapat baucar RM100 yang akan dimasukkan ke akaun Amin. Kedua, Amin kata Amin terlihat tabung Menara Berkembar Bank Rakyat dan Amin terasa ingin memilikinya. Pada hari ini juga Allah memperkenankan keinginan Amin. Amin dapat tabung tersebut sebagai hadiah pertandingan bersama-sama baucar tadi. Ketiga, pengerusi majlis berkata nama pemenang diumumkan dari tempat kesepuluh. Nama Amin, nama terakhir diumumkan untuk kategori 7-9 tahun, maknanya Amin dapat tempat pertama. Ia tetap bermakna bagi Amin walaupun hadiah bagi tempat pertama hingga kesepuluh adalah sama. 
🎁🎉

🎈

Akhir sekali, Amin minta Ummi tag Kak Zawani Razak. Rindu sangat agaknya dia kepada Kak Wani. Amin nak Kak Wani lihat kejayaan Amin hari ini. Amin mahu berkongsi kejayaan dan kegembiraan ini bersama-sama Kak Wani...
😍😍😍


















Lukisan Bunyamin-Updated


Bunyamin Mohd Yussof ada upgrade lukisannya dan buat penambahan. Bunyamin lukis pokemon tetapi Bunyamin tidak pernah pun main pokemon go! Darwisy Mohd Yussof pun ada melukis juga. Nanti Ummi upload lukisan Darwisy pula.














Bukan Berani Semulajadi...

Bukan berani semula jadi...
Bunyamin Mohd Yussof membuka bunga silat di atas pentas, di hadapan puluhan mata yang menonton. Bunga silat tanpa tunjuk ajar daripada sesiapa. Sekadar mendapat idea daripada video yang ditonton. Video di youtube dan video yang dihantar oleh seorang kawan, video anaknya bersilat di suatu majlis perkahwinan. Terima kasih pada rakan tersebut. Dia juga yang 'mengikat' bunga pada sampin Amin. Hendak tag namanya tetapi namanya tiada di muka buku. Bunga silat direka sendiri Amin, diaturnya setiap langkah agar pergerakannya memenuhi pentas pertandingan.
Amin bukan berani semula jadi. Semasa umur 5 tahun, cikgu-cikgu Taski Abim al-Hilal, Cikgu Linda Norazlinda, Cikgu Nurul Waheeda Zainal Abidindan Cikgu Asmah mahu Amin sertai Pertandingan Nasyid Jemputan di Giant Bercham, Ipoh bersama-sama murid 6 tahun. Amin sangat penakut dan pemalu untuk ke depan pada waktu itu. Amin menangis tiap kali berlatih. Cikgu-cikgu dan Ummi sendiri tidak berjaya pujuk Amin. Akhirnya, Amin tidak sertai pertandingan nasyid tersebut.
Tetapi tidak berhenti di situ sahaja... Ummi terus nasihatkan Amin. Rugi jika takut dan malu tidak bertempat. Ummi cakap umur 6 tahun, Amin tidak boleh lagi bersifat malu dan takut tidak bertempat. Ada masanya, Ummi tinggikan suara juga bila pujuk-pujuk tak berkesan. Amin budak pandai, lama-lama Amin boleh terima nasihat Ummi yang tak pernah putus.
Semasa umur 6 tahun, Amin sudah cukup berani. Terima kasih kepada cikgu-cikgu taski Amin (cikgu-cikgu yang sama mengajar Amin dari 4 hingga 6 tahun) yang memberi banyak peluang untuk Amin buktikan keberanian dan merasai besarnya kelebihan berani pada tempat yang betul. Amin berpeluang masuk pertandingan hafazan, tilawah dan bercerita.
Sekali berani, terus berani...
Alhamdulillah, Allah jua yang memberikan Amin keberanian tersebut. Terkini, pencapaian dari keberanian Amin ialah menang pengucapan awam tentang buruj di Kem Permata Insan pada Jun lalu.



Lukisan Amin

Lukisan Amin...
Wah! Boleh tahan juga lukisan Bunyamin Mohd Yussof ni. Bagus, Amin! Sangat bagus!
Ada banyak sebenarnya kelebihan anak sulung. Ketika itu, hanya kita dengan dia sahaja. Segala-galanya ditumpukan pada dia. Ummi banyak luangkan masa dengan Amin ketika Amin kecil. Ummi ajar Amin baca buku ABC. Ummi tak ajar Amin menghafal seperti nyanyikan lagu terus dari A sampai Z. Sebaliknya, Ummi ajar Amin huruf satu persatu. Umur 3 tahun, Amin sudah kenal huruf secara rawak dan boleh baca nombor plat kenderaan.
Detik Amin paling suka bila Ummi melukis untuk Amin. Budak lelaki...Amin selalu minta Ummi lukis kereta polis, helikopter, kapal terbang, lori pasir, bas, keretapi dan macam-macam lagi. Lama-lama, Amin pun cuba melukis sendiri. Sampai sekarang Amin minat melukis. Kadang-kadang Amin melukis dan menulis komik.
Gambar Joker ni Amin lukis tiru dari buku. Pokemon dan Ninja, Amin lukis tiru dari google images.






Bunyamin Menjahit

Bunyamin Mohd Yussof... hari ini Ummi perasan sesuatu yang agak pelik tentang Amin. Amin kidal. Menulis, mewarna, sepak bola...semuanya guna tangan dan kaki kiri.
Petang ini, Amin menjahit boneka tikus, kerja Dunia Seni Visual yang Cikgu Vasumathi Ravinthran bagi. Ummi pelik bila tengok Amin menjahit sebelah telinga tikus guna tangan kanan. Lagi pelik bila telinga sebelah lagi, Amin jahit guna tangan kiri pula. Nampak macam dua-dua tangan pula dominan sebab Amin tak nampak kekok.
Cikgu Vasumathi banyak beri kerja seni yang menarik, buat replika parang, mobil burung dan macam-macam lagi. Ummi tak pernah tolong Amin buat. Ummi biarkan Amin buat sendiri. Ummi cuma sediakan alat atau bahan yang diperlukan.
Ummi pernah mengajar seni dan Ummi tahu bila kerja seni disiapkan di rumah, ramai murid yang ibu atau bapanya tolong buatkan. Itu bukan prinsip Ummi. Memang Ummi minat juga seni tapi Ummi tak akan sekali-kali buatkan kerja anak-anak Ummi. Belajar buat sendiri ye sayang... Darwisy Mohd Yussof dan Humaira Mohd Yussof pun sama. Macam mana pun hasilnya, itulah hasil kerja mereka sendiri dan bagi Ummi, hasil kerja Amin sudah cukup cantik untuk murid Tahun 3.


















Pahlawan Melayu Kesayangan Ummi

Pahlawan Melayu kesayangan Ummi. Bunyamin Mohd Yussof. Keris dan bunga silat Amin berjaya memikat hati juri. Aminkan berani. Berani membuka buah silat walaupun yang Amin reka sendiri secara spontan. Ummi selalu pesan pada anak-anak Ummi, Darwisy Mohd Yussof danHumaira Mohd Yussof jangan malu untuk buat sesuatu yang berkaitan pembelajaran, sesuatu yang baik. Terima kasih yang tidak ternilai kepada guru-guru taski mereka,Cikgu Linda Norazlinda dan Cikgu Nurul Waheeda Zainal Abidin kerana banyak memberi peluang mereka dalam pelbagai pertandingan sepanjang 3tahun belajar di Taski Abim Al-Hilal (Amin dan Awisy) dan Taski Abim Nurul Huda 2 (Humaira).
Malu tak bertempat...
Inilah sifat yang biasa dijumpai pada diri anak-anak didik. Malu bila diminta bercerita di depan, malu keluarkan suara dengan kuat dan jelas untuk pengucapan awam berkaitan topik pembelajaran, malu untuk membuat 'presentation' hasil kerja...
Tapi...tidak pula malu berbuat bising di dalam kelas hingga ditegur oleh guru. Tidak pula malu bila berlawan gaduh dengan kawan. Tidak pula malu bila ditangkap buat perkara melanggar undang-undang sekolah.
Ummi selalu nasihatkan hal ini kepada anak-anak Ummi dan anak-anak murid juga. Kadang-kadang guru pun perlu mainkan peranan. Guru minta murid bercerita dengan berani, suara kuat dan intonasi yang menarik. Tapi... guru tak memberi contoh pun. Sekadar meminta sahaja. Guru sendiri juga perlu berani. Tunjukkan pada murid bagaimana guru sendiri boleh bercerita dengan baik, jadi role model kepada murid.
Ummi pernah sekali relif waktu DST kelas 2 Bijaksana. Tajuk Tumbuhan. Cerita tentang Pengembaraan Si Bawang. Ummi mulakan dengan bercerita seperti intonasi kanak-kanak bercerita dalam pertandingan (Ummi kan masih ada perangai budak-budak...huhu...). Mereka dengar sambil tersengih-sengih. Mula-mula, mereka malu nak mencuba. Lama-lama, makin lama yang ingin bercerita di hadapan. Murid-murid perempuannya bukan main suka. Hari-hari selepas itu pun selalu tanya sama ada Ummi akan masuk lagi kelas DST mereka. Bertambah lagi peminat kecil Ummi. Bertambah banyak pelukan yang Ummi terima.