Humaira

Terima hadiah sukaneka hari ini baby girl Ummi, Humaira Mohd Yussof. Tempat kedua untuk acara isi air dalam botol dan tempat kedua juga untuk lari baton. Tambah koleksi medal dan piala adik-beradik, anak-anak Ustaz Joseph...
😂😂😂

Tahniah, sayang!











Humaira Mohd Yussof dan sukaneka taski...
Humaira Mohd Yussof Darwisy Mohd Yussof Huzaiman Mohd Yussof di Hari Sukaneka Taski-taski ABIM Kinta di Stadium Mini Batu Gajah, pada pagi tadi. Humaira masuk beberapa acara. Dua daripadanya mendapat tempat iaitu Isi Air Dalam Botol dan Lari Baton, alhamdulillah. Hari Selasa nanti, Cikgu Nurul Waheeda Zainal Abidin akan berikan hadiahnya 
🎁🎊. Tahniah ye, baby girl Ummi 😘😘😘

Lepas ini, kena pulun berlatih untuk Hari Perujian Bakat pula. In syaa Allah.

Jinak-jinak merpati...
Si budak kecil Ummi yang peramah tetapi tidak boleh disentuh 😅😅😅nampak macam nak ikut sama perbarisan tu. Tahun depan, Aeman pergi sekolah ye.... Aeman memang peramah, pergi Mydin, pergi ke mana-mana, sesiapa yang lalu dekatnya, dia akan sapa...hai...hello...sambil tersengih ceria. Tetapi...dalam peramahnya, jangan harap dia boleh disentuh. Kalau cuba disentuh, dia akan menjerit dan meronta nak lari ke pangkuan Ummi atau Abi.
Selera budak sedang membBunyamin Mohd Yussofhd Yussof pergi ke sana dengan Ummi di penghujung acara. Amin lapar sangat lepas berlatih bola sepak. Cikgu Along yang baik hati bagi Amin berbungkus-bungkus bihun goreng. Terima kasih, cikgu. Amin makan sampai 5 bungkus terus 
😂😂😂
. Macam itulah selera Amin yang sedang membesar tetapi belum besar-besar...
😄😄😄





















Humaira Mohd Yussof... 'Maskot' Perbarisan bagi taskinya sempena Sukaneka Taski-taski ABIM hari ini yang berlangsung di Stadium Mini Batu Gajah. Tema Pekerjaan. Taski Yaya pilih kerjaya guru sebagai tema. Siap Ummi belikan beg sandang tu. Bolehlah Yaya melaram dengan beg tu nanti. Hari ni juga Yaya berpeluang pakai bedak kompak dan lipstik di bibir dan di pipi. Dah lama Yaya teringin nak bermekap tapi Ummi tak bagi sebab takut efek kulit muka Yaya. Sekali-sekala macam ni bolehlah.
Foto-foto di stadium Ummi belum muat naik. Tunggu Abi hantar kepada Ummi. Ummi pergi stadium lewat tadi, tiba di sana semasa acara sudah nak selesai. Ummi uruskan Bunyamin Mohd Yussof ke kelas latihan bola sepak dan memasak di rumah.




















No comments:

Post a Comment