Sunday 30 July 2017

Red Blood Betta

Itu namanya...
Nama ikan laga Darwisy Mohd Yussof. Kalau dah saintis, ikan laganya pun siap berlabel... 'Red Blood Betta'... omak pun tak tahu namanya... Awisy pula yang tahu...very good bak kata Aeman Tino😂.
Nama ikan laga Awisy seakan-akan tajuk cerita Harry Potter😅.
Lihat jawapan English paper hari tu. Kena senaraikan 5 sea creatures dalam peta bulatan. Awisy tulis nama creatures yang tak ada murid lain nak tulis. Ummi lihat majoriti murid lain tulis crab, prawn, squid...
Awisy tulis antaranya ialah barracuda dan stingray...
Memang Awisy minat sungguh dunia haiwan ni.
Ikan laga yang tidak berlabel tu, Benjamin Joseph, the footballer yang punya. Bunyamin Mohd Yussof pula minat bola dan mereka cipta.
Awisy cukup bengang bila Amin tanya dia kenal tak footballer tu...footballer ni...
Awisy tak minat langsung...
Itu yang berdebat je mereka berdua.
Esok... kita try aktiviti 'Renung, Peluk dan Puji' taw...








Hadiah dari Bunyamin

Tengah hari kelmarin, Ummi pergi Mydin dengan Bunyamin Mohd YussofDarwisy Mohd Yussof dan Humaira Mohd Yussof tinggal di rumah temankan Huzaiman yang tidur. Awisy dan Yaya memang tak nak ikut... tak larat, kata mereka.
Amin tanya Ummi semasa di Mydin, "Ummi... boleh tak Amin nak belanja kerongsang untuk Ummi?". Ummi jawab, "Boleh... Amin beli je yang kecil-kecil, yang Ummi pakai kat bahagian leher tu...".
Terima kasih, hero kecil Ummi. Semoga Allah murahkan rezeki Amin dengan rezeki-rezeki yang terbaik. Aamiin yaa Razzaq.
Hihihi...
Pernah tak lihat di bahagian beli lauk basah, anak-anak pilih dan ambil lauk dan ibunya jadi supervisor😅?
Bila anak-anak yang minta nak buat, Ummi beri mereka peluang... memang kebiasaan Amin, Awisy dan Yaya berebut-rebut nak ambilkan ikan, sotong, udang, paha ayam, chicken whole leg...
Pernah seorang opah bagitahu cucunya, "Tengok adik ni (Amin), rajin...". Amin sedang ambil udang masa tu.
Semasa Ummi sedang siang sotong kelmarin, Amin tanya, "Ummi...kenapa masa nak beli sotong, Ummi tak bagi ambil sotong yang tak ada kulit tapi masa nak masak Ummi buang juga kulit dia?".
Ummi jelaskan berkaitan kesegaran sotong...



Menangkap Ikan: Rezeki Ramadhan

Hasil tangkapan...
Hari ini, Bunyamin Mohd YussofDarwisy Mohd YussofHumaira Mohd Yussof, Aeman Tino😅 dan Abi pergi memukat di sungai area Kota Raja, Meru, Ipoh.
Omak suko ekau semua poie buat aktiviti outdoor daripada ekau ngadap gajet.
Bulan Ramadhan ni, di kala anak-anak juga berpuasa, Ummi berpesan dan ingatkan Amin, Awisy dan Yaya agar manfaatkan keberkatan anugerah Illahi untuk banyak-banyak berdoa. Mintalah kejayaan dunia akhirat, minta menjadi insan yang baik dan berakhlak mulia, minta berjaya dalam pelajaran...
Mudah-mudahan Allah makbulkan doa anak-anak Ummi yang berdoa dalam keadaan menunaikan ibadat puasa. Aamiin yaa Rahmaan, yaa Rahiim.







Doa Ramadhan 2017

Kalau Ummi sekadar cakap je, "Amin...Awisy... baca Quran...", Bunyamin Mohd Yussof dan Darwisy Mohd Yussof akan cakap "Ya...", "OK..."... tapi sampai ke sudah tak dibuatnya. Ummi kena pastikan betul-betul buat di depan Ummi dan terdengar di telinga Ummi.
Bulan puasa ni Ummi pesan pada Amij, Awisy dan Yaya supaya doa banyak-banyak. Semua jawab "OK". Ummi nak tahu juga apa yang didoakan. Hari ini Ummi minta Amin, Awisy dan Yaya tuliskan apa doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin...
Doa Ustaz Bun... macam doa ustaz-ustaz baca kat majlis ilmu. Boleh challenge Abi ni 😅...
















Samperit Susu Cheese

Samperit susu cheese yang diterap sepenuhnya oleh Bunyamin Mohd Yussofdan Darwisy Mohd Yussof. Bakar 3 round (oven kecil). Round pertama, Amin dan Awisy terap bersama-sama. Round 2 dan 3, Amin terap seorang, Awisy dah tewas digoda youtube.
Si model seksi, Aeman Tino paksa Ummi snap fotonya sekali😂.







Chef sedang sediakan samperit susu cheese. Ummi tolong bancuh. Bunyamin Mohd Yussof dan Darwisy Mohd Yussof yang akan siapkan. Ini permintaan Amin dan Awisy nak buat samperit ni lagi malam ni. . Omak nak poie buat RPH untuk esok. Omak akan tolong bako nanti.
Teh... Siti Hajar Khosim... lulus tak ni?😄



Saturday 29 July 2017

Meronda Bandar Pasir Mas dengan Berjalan Kaki

Cuti Raya Aidilfitri 2017

Meronda Bandar Pasir Mas...
Bunyamin Mohd YussofDarwisy Mohd Yussof dan Amir Husaini Ayubberjalan kaki dari rumah Mok ke bandar Pasir Mas. Baguslah buat aktiviti explorace macam ni. Sampai rumah, tiga-tiga basah kuyup kena hujan. Tiga-tiga merancang nak explorace ke bandar Pasir Mas lagi pagi esok.

Ummi bagi cadangan sikit. Bawalah sedikit duit, singgah kedai makan. Makanlah mee celup ke... minum-minum...mesti lagi seronokkan...

Cuma jaga keselamatan diri baik-baik.

Omak dulu, dalam sehari entah berapa kali menjelajah bandar Pasir Mas... ukur jalan...😅😂

Raya Di Kem Abi 2017

Raya di kem Abi...
Orang pergi makan.
Tapi mereka... Huzaiman duk tilik lori-lori 3 tan. Minat sungguh. Aeman tanya Ummi, "Boleh tak Mama, nak naik lori askar?". Ummi nak lepaskan diri daripada menjawab soalan Aeman😂, Ummi cakap "Aeman pergi tanya pak cik yang pakai baju askar tu". Hehehe... Aeman betul-betul pergi tanya kat pak cik tu... pak cik tu cakap "Boleh...".😂
Aeman memang peramah dan boleh pergi sembang dengan sesiapa saja.

Darwisy Mohd Yussof dan Humaira Mohd Yussof pula tangkap ketam dalam longkang.
Begitulah mereka menikmati alam kanak-kanak.
Bunyamin Mohd Yussof tak ada. Pergi pertandingan Eureka, nak jadi macam Archimedes 😁, di SK Bandar Baru Putra.









Mengutip Sampah Selepas Jamuan Raya 2017

Senang juga ada anak sendiri di sekolah...

Sebelum suruh murid lain, panggil anak sendiri dulu... Minta Darwisy Mohd Yussof kutip sampah selepas jamuan raya semalam. Kawannya, Adam Mikhail dan Ahmad Adib pun datang join sekali.

Benda-benda macam ni kan, kadang-kadang boleh jadi isu tambah pula dalam kalangan 'orang bandar'. "Mak saya tak bagi kutip sampah", isu cikgu suruh kutip sampah... 

Suruh anak sendiri, tak mungkinlah jadi isu kan... Murid-murid yang berfikir ni senang diminta tolong. "Nanti kita cucilah tangan...", kata mereka.



Pertandingan Eureka 2017

Lupa nak minta cikgunya ambil foto-foto Bunyamin Mohd Yussof dan kawan-kawannya dengan rumah eureka mereka semalam. Kalut beraya kan semalam 😅...

Tak dapat hadiah, tak mengapa. Yang penting usaha. Cikgunya sudah berusaha dan peserta-pesertanya pun sudah berusaha. Berkali-kali mereka berlatih membina rumah tersebut sebagai persediaan untuk pertandingan. Ummi sangat-sangat hargai kesungguhan cikgunya, Cikgu Syed Akmal.


Menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang, apabila mendapat tempat, diucapkan tahniah, dipuji usaha cikgunya. Bila tidak mendapat tempat, langsung tidak dihargai seolah-olah tiada usaha yang dilakukan. It's not something good... Hargailah setiap usaha yang dilakukan. Sesungguhnya, usaha ada kalanya tidak membuah hasil yang diharapkan namun usaha tersebut bukan sesuatu yang patut dinafikan.

Ummi tahu...Ummi pun banyak berusaha. Adakalanya usaha Ummi diberikan hasil yang sangat hebat oleh Allah swt. Adakalanya, usaha Ummi diberikan hasil yang biasa-biasa sahaja dan adakalanya usaha Ummi tidak diberikan hasil yang Ummi harapkan. Itu semua urusan Allah. Rezeki itu milik Allah. Apa yang penting niatkan usaha-usaha itu untuk mendapatkan kebaikan dari sisi Allah.

Anak-anak Ummi... Usaha itulah yang bahagian kita yang dinilai oleh Allah sedangkan kejayaan itu adalah rezeki daripadaNya. Selagi usaha itu dilakukan dengan menyebut nama Allah, dengan mengingati Allah, pasti ada ganjarannya di sisi Allah.

Mana-mana guru yang menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melatih anak-anak Ummi, Ummi ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas usaha tersebut dengan kebaikan yang banyak, jika tidak di dunia, di akhirat kelak. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.