Haiwan Peliharaan

"Surat kepada Abi. 12/6/16
Daripada Darwisy
Abi boleh tak Abi balik nanti Abi beli kura-kura
Abi jaga diri baik-baik"
Darwisy Mohd Yussof selit surat ni dalam beg yang Abi bawa pergi kursus di Port Dickson. Esoknya, Abi terjumpa surat ni dan Abi whatsapp pada Ummi.
Abi balik hari Jumaat, 17.06.06, betul-betul hampir waktu buka puasa sampai di rumah. Semalam, 18.06.06, Abi tunaikan permintaan Awisy, beli 2 ekor anak kura-kura. Semalam Awisy excited... beberapa kali ditukarnya air akuarium tu.
Lebih kurang pukul 5 petang tadi, Abi bertolak ke PD semula. Huzaiman nak ikut Abi...menangis-nangis minta nak ikut. Ingatkan Huzaiman je yang menangis...rupa-rupanya Awisy pun menangis juga selepas itu. Bunyamin Mohd Yussof pun menangis juga lepas buka puasa...huhuhu...😢😢😢
Abi memang seorang bapa yang sangat baik. Rajin menjaga dan melayan anak-anak. Semoga anak-anak pun sayangkan Abi di dunia dan di akhirat. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.




Pernah masa kecil dan remaja dulu beberapa kali jumpa kura-kura melintas jalan. Teringin nak ambil tapi tak terambil. Lepas tu rasa menyesal.
Tiap-tiap pagi sepanjang 2 1/2 bulan ni, Ummi perlu ambil alih rutin Abi menghantar Bunyamin Mohd YussofDarwisy Mohd Yussof ke Sekolah Agama Rakyat Srar Sg Rokam dan Humaira Mohd Yussof ke Taski Nurul Huda 2.
Dalam perjalanan balik menghantar mereka tadi, Ummi ternampak seekor kura-kura sedang melintas jalan. Ummi jalan terus pada mulanya tapi tiba-tiba hati nekad nak pusing jalan Fasa 1 Anastoria Homes untuk ambil kura-kura tadi. Ummi tahu anak-anak Ummi pasti gembira tengok kura-kura ini nanti. Ummi ambilnya, masukkan ke dalam kereta dan bawa pulang.
Pastu Ummi whatsapp Abi tanya macam mana nak jaga. Abi tak reply sebab Abi sedang sibuk berkursus. Ummi tanya di group whatsapp guru sesi petang SKSR...Ustazah Syuhada Ahmad Othman, Ustazah Rosnani dan Cikgu Fatin Noorain bagi idea tentang jaga kura-kura ni. Abi pun reply tak lama kemudian. Abi kata letak je dalam akuarium kat luar. Dalam akuarium tu, dah sedia ada ikan keli, ikan puyu dan ikan sepat. Ummi pun masukkan Mr Tortoise ke dalam akuarium. Esok cuti... bolehlah pergi kangkung untuk Mr Tortoise. Nanti nak sediakan papan untuk Mr Tortoise panjat dan berjemur.
Reaksi anak-anak Ummi....
Huzaiman takutkan Mr Tortoise. Ada masa dia kata kura-kura. Ada masa dia kata katak...😅😅😅
Humaira suka tengok Mr Tortoise...😍😍😍
Yang tak tahannya, Amin dan Awisy...beria bergaduh tentang hak milik terhadap Mr Tortoise...😂😂😂 Ummi kata Mr Tortoise tiada milik sesiapa. Boleh sama-sama jaga dan sama-sama main dengan Mr Tortoise nanti...

Mr Tortoise pada hari pertama jumpa.
















No comments:

Post a Comment