Koleksi Lunch Box 2016

















Lain inovasi yang difikir, lain pula yang jadi...huhu...
Memenuhi permintaan Bunyamin Mohd YussofDarwisy Mohd Yussof danHumaira Mohd Yussof. Variasi daripada base yang sama iaitu air, susu pekat dan susu cair. Ada yang jeli, jeli strawberi, strawberi coklat tabur, bandung, bandung strawberi... semoga Amin, Awisy dan Yaya happy... in syaa Allah

Bekal hari ini... baru semalam cakap pasal ikan singgang, hari ni terus masak. Bunyamin Mohd Yussof punya yang ada budu. Belum rehat, dia dah habis makan masa tengah hari. Pada hal dia dah makan kat transit. Hihihi...Darwisy Mohd Yussof punya Ummi tak buh budu, takut tak makan pula nanti.


Masa dalam perjalanan balik, Ummi tanya Amin kenapa makan awal sangat bekal tadi. Amin kata tak tahan tengok budu bercili tu. Menggoda macam awek dia πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Amin kata pedasnya, memang mengancam πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Budak cute seorang ini memang...suka makan makanan orang dewasa. Kerabu jantung dan perut, asam pedas, ikan singgang, ulam petai, sambal belacan, sambal tempoyak, belitung...


Bekal hari ini... Bunyamin Mohd Yussof Darwisy Mohd Yussof. Amin macam Ummi suka tempe, sumber prebiotik selain budu.

Bekal semalam dan hari ini. Ringkas je sehari dua ni. Bunyamin Mohd Yussof dan Darwisy Mohd Yussof tetap suka. Sampai licin dimakannya. Spageti bersosej sekali lagi semalam, dengan kuah berisi daging dada ayam dan karot. Hari ini wraps burger daging. Ummi bagi wrapsnya garing sedikit hari ini. Kalau makan panas-panas lagi sedap.




No comments:

Post a Comment