Monday 25 December 2017

Miniature Cactus Garden

Darwisy dengan miniature cactus garden.
Bermula dengan sebiji mangkuk nasi Vantage Ummi yang retak, Ummi berikan pada Darwisy. Ummi cadangjan Darwisy buat miniature garden guna kreativiti Darwisy sendiri. Darwisy kan minat D.I.Y...

Ahad, 24.12.2017, kami ke Cameron Highlands. Darwisy dan Bunyamin beli kaktus, 5 pasu RM10.











Sunday 17 December 2017

Di Dalam Botanical Park, Gunung Jerai

10 Disember 2017...

Dia yang disebalik rimbunan keladi. Garang sungguh. Tunjuk taring je sepanjang masa... kucing hutan yang diimport dari Afrika.


Pemandangan dalam Botanical Park. Nyaman dan tenang betul. Rasa nak duduk je lama-lama di sini.









Di kedai/ entrance Botanical Park. Di sinilah Darwisy teringin terrarium.





Ke Pantai Merdeka



10 disember 2017...
Dari puncak Gunung Jerai ke Pantai Merdeka.

Pemandangan laut yang indahkan?


Darwisy... bukan nak mandi sangat pun. Dia meneroka hidupan dalam air. Mencari-cari kalau-kalau dapat lihat ikan atau apa-apa hidupan yang menarik di tepian laut. Antaranya... Darwisy jumpa ikan buntal... tapi... dah mati. Huhuhu...




Humaira dan Huzaiman mandi-manda dengan gembiranya. Bunyamin tak nak masuk dalam air kali ini. Tapi... Amin beli jersey bola di Karnival Pantai Merdeka.






Misi mencari masjid...






Naik bot. Hoooray... 
Aspek keselamatan jangan abaikan. Pakai life jacket.




Kura-kura Unik Gunung Jerai


10 Disember 2017...
Semasa berpatah balik ke area Botanical Park, dari laluan ke air terjun, Ummi ternampak sesuatu yang unik di lantai hutan berdekatan laluan.
 Jeng... jeng... jeng... tengok... penyamaran yang hebatkan? Pertama kali lihat kura-kura jenis ni. Darwisy nak ambil tapi Abi tak bagi. Di dalam hutan begini, lebih baik jangan ambil sesuatu sewenang-wenang. 





Terrarium Lumut Gunung Jerai

Ahad lepas, 10 Disember 2017, kami lancarkan Misi Cinta Pantai Merdeka sekali lagi. Dari rumah Tok Wan, kami mendaki (dengan kereta...hehehe) ke puncak Gunung Jerai. Kami masuk Botanical Park, tiket RM30 untuk kami sekeluarga, dapat less RM10 tuuu...

Bunyamin dan Darwisy terutamanya teringinkan terrarium yang dijual di Botanical Park.
Tapi... Ummi ada idea yang lebih ekonomik. Ummi suruh Darwisy d.i.y. 

Semasa masuk hutan kononnya nak ke air terjun (tapi tak jadi sebab kurang sesuai untuk anak-anak kecil), Bunyamin dan Darwisy kutip beberapa spesies lumut dan kon di lantai hutan. Maka... terciptalah terrarium Lumut Gunung Jerai Amin dan Awisy, saintis cilik yang gemar meneroka.