Tuesday 1 December 2015

Pendaftaran Bunyamin Di Program Permata Insan

Semalam, 1 Disember, Bunyamin mendaftarkan diri di Kem Permata Insan. Pendaftaran di Dewan Terbuka. Sarapan pagi disediakan kepada ibu bapa dan para hadirin. Pelajar terus diberikan nombor Dorm. Setiap pelajar akan dijaga oleh seorang fasilitator 24 jam sehari. Fasi ini akan makan, tidur, solat dan lakukan segala-galanya bersama pelajar-pelajar.

Dr. Nik Salida yang merupakan pensyarah USIM dan Pengarah Program Permata Insan. 

Kem Komandan yang juga merupakan seorang Pensyarah di USIM. Masih muda, sempoi dan Umni yakin beliau akan menguruskan kem ini dengan cara yang terbaik.


Dalam Dorm D1. Katil Bunyamin betul-betul di sebelah katil Fasi. Amin kemas sendiri semua bajunya dalam almari. Ummi tidak susah hati untuk tinggal Amin selama 2 minggu di sini kerana Ummi yakin yang Amin pandai berdikari dan Ummi juga yakin dengan pihak Permata Insan. Kawan sebelah Amin bernama Megat, juga kelihatan sangat berdikari dan boleh membawa diri dengan sangat baik.


 Jadual program selama 14 hari. Tidak berapa jelas. Ada masa nanti, Ummi upload lain. Insyaa Allah. Banyak aktiviti menarik yang disediakan. Amin dengar pun dah rasa teruja dan tidak sabar hendak mengikutinya. Antaranya ialah Lawatan ke Zoo Negara dan aktiviti Explorace di sana. Ada juga lawatan ke planeterium. Ummi tinggalkan duit RM30 pada fasi untuk Amin berbelanja semasa lawatan tersebut.

Aturcara penting melibatkan ibu bapa iaitu pada hari pertama dan hari terakhir. 

Senarai surah yang perlu dihafaz mengikut tahap. Amin baru di tahap 1. Amin perlu tumpu pada hafazan surah As-Sajdah 

Lagu Permata Insan. Amin mesti hafal lagu ini. Balik rumah nanti, Ummi akan minta Amin nyanyikan ye... 

Saya dengan bantu fasilitator Bunyamin Mohd Yussof yang menghantar gambar dan maklumat melalui group whatsapp kami, akan update aktiviti mereka di sana dalam blog ini setiap hari. Mungkin ada kawan-kawan yang berminat ingin anak-anak mengikuti program Permata Insan ini juga tahun hadapan. Yang berminat, jangan lupa ye ujian UKM 1 akan dibuka dari Februari hingga Mei 2016. Saya akan minta Darwisy Mohd Yussof pula menduduki ujian tersebut tahun 2016 nanti. Tak salah mencubakan, ada rezeki Allah nak beri, dapatlah... Tiada rezeki...boleh cuba lagi tahun-tahun berikutnya. 
Yang sebaiknya, jika anak-anak ini berjaya mengikuti Program Permata Insan peringkat kolej pada usia 13 tahun. Jika anak kita perform dengan sangat cemerlang, dia berpeluang ke mana-mana universiti terkemuka di seluruh pada usia 16 tahun. Jika tidak begitu cemerlang, dia masih lagi belajar di USIM untuk tingkatan 4 dan 5 dan menamatkan pengajian pada usia 17 tahun bukan hanya dengan SPM tetapi siap dengan diploma. Paling menariknya, silibus di kolej ialah memastikan pelajar khatam hafaz 30 juzuk al-Quran pada usia 16 tahun.
Semoga Bunyamin Mohd Yussof dapat melaluinya dengan cemerlang. Aamiin yaa Allah, yaa Rahmaan, Ya Razzaq.

Bagi Ummi, Amin telah berada di tempat yang tepat dengan terpilihnya Amin ke Program Permata Insan ini. Sesuai dengan impian Ummi untuk menjadikan Amin seorang hafiz yang cemerlang dalam bidang matematik dan sains juga. Cuma Ummi perlu banyak berdoa dan cuba menyokong Amin sedaya upaya Ummi agar Amin dapat capai tahap cemerlang sepanjang berada di sana. Insyaa Allah. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.

No comments:

Post a Comment