Kelas Bola Sepak


(21.02.2016: Pagi tadi Bunyamin Mohd Yussof mendaftar Perak The Bos Gaurus Akademi PAFA Parlimen Tambun. Dah beberapa minggu dia minta nak sertai kelas bola sepak. Semalam Amin dan Abinya pergi survey tentang kelas sepak bola di Stadium Negeri Perak. Dapatlah info tentang kelas bola sepak ini. Rupa-rupanya dekat sahaja dari rumah kami. Yuran juga sangat murah. Yuran tahunan RM100, dapat 2 set baju, seluar dan stoking latihan. Yuran bulanan hanya RM10. 2 hari latihan setiap minggu, Sabtu 4:00-6:00 petang dan Ahad 8:00-10:00 pagi. 
Alhamdulillah, pagi ini pergi daftar, Amin terus terpilih untuk sertai perlawanan pada hari Sabtu depan di SK Seri Ampang. Bukan main seronok dia. Darwisy Mohd Yussof tak nak join. Awisy tak minat sport. Dia cuma nak memanah je setakat ni. Kira ok la tu, dia nak join sukan sunnah Rasulullah saw.



Baju kelab bola sepak Bunyamin Mohd Yussof. Baju merah ini untuk pakai semasa perlawanan. Baju biru pula untuk pakai semasa latihan.








Bunyamin Mohd Yussof dengan baju latihan yang baru... berwarna biru. Baju lagi satu berwarna merah. Amin minat sukan. Sedikit sebanyak, Amin ikuti perkembangan Olimpik Rio. Ummi tak minat sukan tapi Ummi tak halang minat Amin selagi Amin tidak buat sesuatu yang salah.






No comments:

Post a Comment