Saturday 23 July 2016

Bunyamin Di Kelas Permata Insan

Kelas bersama-sama Guru Pembimbing ini dihadiri oleh Bunyamin selama 8 jam sebulan di SK Polis Hutan, Ulu Kinta. Guru pembimbingnya ialah Ustazah Fasohah yang mengajar di sekolah tersebut. Ada kalanya, kelas diadakan di rumah ustazah di sekitar situ juga.

Sekitar SK Polis Hutan, Ulu Kinta



Bunyamin di dalam kelas. Komputer riba, Al-Quran dan kamus wajib di bawa.






Abi, Darwisy, Humaira dan Huzaiman bersantai sambil tunggu Bunyamin selesai taklimat. Masa ini, Bunyamin hadiri kelas untuk pertama kali.








Pertandingan Tilawah Sekolah Kebangsaan

(18 Mac 2016) Cerita petang semalam. Bunyamin Mohd Yussof mengikuti latihan hafazan lagi, berdua dengan Nur Irdina Najwa, anak kawan saya Siti Norimah Jaafar yang juga cikgu di SK Sungai Rokam. Jurulatihnya, Puan Puteri Rothiah Megat Yahaya. Semoga usaha Puan Puteri akan membuahkan hasil. In syaa Allah. Saya bagitahu Bunyamin yang Puan Puteri sanggup meluangkan masa cuti untuk melatihnya, Amin patut hargai dan cuba buat yang terbaik. Puan Puteri banyak pengalaman tentang pertandingan hafazan. Saya pun tumpang dapat ilmu daripada perkongsian pengalaman Puan Puteri. Jutaan terima kasih buat Puan Puteri.










16 Mac 2016









Bunyamin Mohd Yussof minta nasi ambeng setelah dari pagi hingga petang memerah minda di kelas Permata Insan dan latihan hafazan surah di SK Sungai Rokam. Ummi turutkan je walaupun kat rumah Abi sudah sediakan laksa yang enak. Bagi Amin berasa usahanya dihargai dan dia gembira. Di rumah petang ni, bagi dia bersantai cuma Ummi tanya sikit tentang 20 perkataan Bahasa Inggeris yang dia pelajari tadi. Amin dah pandai guna google translate. Bagi Amin melayan Mimi, kucing angkat mereka yang mereka jaga dan main tiap-tiap hari.
Darwisy Mohd Yussof pun tumpang sekaki setelah dia meluangkan masa dengan Acunya (pengasuhnya dari umur 2 bulan hingga mencapai 4 tahun). Awisy suka sangat kalau dapat pergi rumah Acunya. Dia suka kari ikan bawal yang Acunya masak.





Pertandingan Tilawah Sekolah Agama Rakyat

Bunyamin Mohd Yussof bertanding hafazan surah dari Juz Amma pagi ini di Maahad Tahfiz Imtiyaz, Ipoh. Ada 4 soalan, pertama, Amin diminta lafazkan surah al-Fatihah, kedua, surah al-Qadr, ketiga, surah al-Fajr dan keempat, surah An-Naazi'at (sambung dari pertengahan surah). Nombor 4, Amin sangkut. Apapun, macam pensyarah Ummi cakap, bandingkan dengan nilai min... jika berdasarkan pemerhatian Ummi tadi, Amin dah dikira bagus sebab ramai yang sangkut pada soalan nombor 3 lagi... bulan 5 ni, Ummi nekad, Amin dan Darwisy Mohd Yussof mesti pergi kelas hafazan.











Kem Permata Insan Tahap 2 Jun 2016 (Hari Keenam)

Lintas Langsung dari Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson sempena lawatan pelajar tahap 2... Mereka sungguh teruja..!














Kem Permata Insan Tahap 2 Jun 2016 (Hari Kelima)

Bunyamin Mohd Yussof peserta pertama Tilawah al-Quran Tahap 2 (9 Tahun). Harap-harap Amin lakukan yang terbaik. In syaa Allah.










Bunyamin menerima Anugerah Button Batch sebagai peserta terbaik Tahap 2 bagi hari ini.