Monday 9 November 2015

Menulis Cerita

Pada hari ini, Bunyamin Mohd Yussof leka menulis cerita. Tajuk ceritanya Zombi dan Hantu. Mungkin itu isu yang paling Amin minat. Ummi biarkan je... asalkan Amin buat sesuatu yang boleh mencungkil bakat, kreativiti dan kebolehan dalam diri Amin. Ini baru permulaan. Ummi akan tolong Amin tambah baik hasil penulisan Amin dari segi penggunaan bahasa. Mungkin Ummi akan cadangkan tajuk-tajuk lain untuk Amin tulis cerita pada masa hadapan. Insyaa Allah.









Kraf Kertas RM1

Kraf kertas ini berharga RM1 setiap satu. Beli di SRAR Sungai Rokam di mana ada peniaga dari luar datang pada suatu hari untuk menjual kraf ini bersama-sama barang-barang pembelajaran santai yang lain. Amin, Awisy dan Humaira memang suka kraf kertas. Ummi memang tidak akan menolak jika anak-anak minta untuk beli sesuatu yang berfaedah tambah pula jika harganya memang berpatutan. Di bawah adalah hasil kraf kertas tersebut yang telah mereka siapkan.










Keputusan Ujian USIM1

Keputusan Ujian USIM 1 telah keluar semalam, 9 November 2015. Cepat betul. 28 Oktober duduki ujian, 9 November sudah dapat keputusan. Ini menunjukkan pihak Permata Insan USIM memang cekap. Tahniah kepada kakitangan Permata Insan.

Alhamdulillah, Bunyamin Mohd Yussof juga berjaya ujian USIM1 ini. Ke Negeri Sembilanlah nampaknya awal Disember ni. Syukur alhamdulillah. Semoga Amin akan timba banyak pengalaman berharga di sana nanti. Beberapa kali Ummi tanya Amin sama ada dia nak pergi ke tak ke kem tu. Amin kata dia nak pergi. Semoga Amin gembira dan bersemangat sepanjang berada di kem itu nanti. Semoga Allah Ta'ala permudahkan setiap urusan Amin di sana, insyaa Allah.

KEPUTUSAN PERMATA INSAN 2015



UJIAN USIM 1 2015

Ujian USIM 1 2015 bagi calon Kinta Utara telah diadakan di SK Tarcisian Convent pada 28 Oktober 2015. Dua orang calon dari SK Sungai Rokam ialah Bunyamin bagi kategori 8 tahun dan Muhammad Kasyful bin Mohd Termedi yang menduduki USIM 2 iaitu bagi calon-calon berumur selain daripada 8 tahun. Ummi menemami Amin ke ujian tersebut. Perincian ujian adalah seperti berikut:

Syarat Kemasukan Ke Ujian USIM 1 Permata Insan


Koleksi gambar sepanjang Ujian USIM 1 2015 di SK Tarcisian Convent. Penilai bagi ujian ini ialah Tuan Zulkarnin, pensyarah USIM (berbaju korporat USIM). Ibu bapa juga menerima taklimat dan info-info berguna daripada pegawai dari PPD, Encik Wan Muhd Jeefri (Berkot dalam gambar).



Panggilan Ke Ujian USIM1

Setelah lulus Ujian UKM 2, Bunyamin berjaya ditawarkan untuk menduduki ujian USIM 1.
Ujian USIM1 yang Bunyamin Mohd Yussof perlu duduki ditangguhkan ke hari Rabu depan, 28 haribulan. Dengan masa yang berbaki sedikit ini, harap dapat tolong Bunyamin bersedia sejauh mana yang mampu. Insyaa Allah.

 Emel bawah yang tarikh asal ujian dan senarai nama calon bagi Kinta Utara.





Kelas Memanah

Bunyamin mengikuti kelas memanah seminggu sekali di Rumah Kedai Taman Seri Raia, Kampung Kepayang. Lebih mudah nak cari, 4 minit dari Plaza Tol Simpang Pulai, menghala ke Gopeng. Bunyamin sangat suka mengikuti kelas memanah ini. Setiap kali dia balik dari kelas tersebut, dia akan beritahu berapa bidikan tepat yang berjaya dibuatnya. Yuran kelas ini adalah berpatutan iaitu RM60 bagi yang tiada peralatan memanah sendiri dan RM40 bagi yang ada peralatan sendiri. Nama pengajar Amin ialah Ustaz Ahmad Yusuf.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan Amin sedang menggayakan sarung tangan memanah miliknya. 3 item dalam 1 set yang berharga RM150.