Sunday 3 December 2017

Boleh Biat Testimoni Produk IQ

Boleh buat testimoni produk ni...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Banyak juga pos di musim result exam ni tentang kejayaan-kejayaan anak yang katanya setelah mengambil produk atau suplement tertentu.

Bimbang...
Bimbang pergantungan pada produk dalam mengejar kejayaan boleh mengurangkan pergantungan pada Allah.
Katanya usaha... ikhtiar...
Tapi bagi Ummi tetap risau... terlalu meletakkan keyakinan bahawa kejayaan itu dicapai kerana produk tersebut. Cukup merisaukan...

Biarlah Ummi berusaha dengan cara Ummi sendiri. Tak perlu makan suplement.
Lebih baik  Ummi sediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat dari air tangan Ummi sendiri untuk sajian harian anak-anak Ummi. Sambil masak, boleh berdoa. Allah jua yang menentukan segala sesuatu.

Usaha belum mencukupi. Beli buku latihan untuk anak-anak buat. Minta anak-anak buat. Minta anak-anak semak dan buat pembetulan bagi setiap kesalahan. Pastikan anak buat apa yang perlu mereka buat.

Latih anak banyakkan berdoa. Minta anak solat Dhuha dan solat hajat. Ibu bapa mestilah terlebih dahulu amalkannya. Bukan sekadar meminta anak menunaikannya.

Ummi akui usaha kita pun belum yang terbaik. Kita mesti perkemaskan lagi. Kita perΔΊu gunakan kesempatan cuti sekolah nanti. In syaa Allah.


No comments:

Post a Comment