Sunday 3 December 2017

Humaira dan Kehadiran Penuh SRAR

Hari MAKA Srar Sg Rokam pagi tadi.

Humaira terima hadiah kehadiran penuh.

Seronok lihat rezeki murid-murid. Murid cemerlang UPKK dan SRAI dapat duit disamping sijil dan hadiah.
Anak-anak Ummi belum pun Tahun 5 dan 6 tapi Ummi tetap gembira lihat murid-murid ini yang majoritinya murid Ummi di SK SG ROKAM semasa di Tahap 1. Malah, ada antara mereka yang Ummi jadi guru kelas semasa Tahun 1 dan 2.

Srar Sg Rokam sentiasa konsisten memberikan anugerah kepada murid-murid yang mencatat kehadiran penuh sepanjang tahun. Bagi Ummi, ia satu penghargaan atas usaha murid dan ibu bapa dalam memastikan kehadiran penuh ke sekolah. Bukan mudahkan hendak konsisten hadir ke sekolah sepanjang tahun?

Ummi tak lepaskan peluang...
Berbual agak panjang dengan ustaz-ustaz, guru kelas Bunyamin Mohd Yussof dan Darwisy Mohd Yussof.
Ulasan kedua-dua ustaz pun sama 😂😂😂
Bunyamin dan Darwisy, dua-dua otak 'pick up'. Cepat tangkap apa yang ustaz ajar.
Tapi... dua-dua tiada extra inisiatif. Darwisy dengan jujurnya mengakui yang dia langsung tak ulang kaji di rumah. Memang betul pun 😅😅😅
Asal je suruh baca buku, dia tarik muka dan tidur atau makan. Tension Mak...

Semoga kita dapat buka lembaran baru tahun depan. In syaa Allah.
Dua-dua pun markah sudah sangat bagus. Semua A dengan purata 90++. Ummi tak mahu tamak. Kalau Amin dan Darwisy kekalkan prestasi ini, sudah cukup untuk buat Ummi bersyukur. Cuma sikap tak berapa rajin tu kita jangan simpan. Kita kena lebih kuat berusaha. Setiap usaha ada ganjaran di sisi Allah. Tapi kalau dapat peningkatan yang lebih tinggi, lebih baik dan lebih menggembirakan.

Siapa tak gembira bila berjaya?
Ibu bapa mana yang tidak gembira bila anak berjaya?
Kalau ada yang tak gembira, memang 'rare & legend' laaa...😂😂😂



No comments:

Post a Comment