Sunday 3 December 2017

Solat Zuhur Berjemaah Selepas Sekolah

Huhuhu...
Sedih Omak...
Memang Omak sedih...

PPD Kuantan... semua sekolah di daerah itu wajib mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka.
👍👍👍👍👍

Ada yang tak setuju...
Yang tak setuju tu bukan beragama lain pun...
Adakah agamanya hanya sekadar pada nama? Tidak pada penampilan dan tidak juga pada pegangannya???

Ada yang mengatakan caranya tak betul? Habis... yang betulnya, macam mana?
Katanya, sepatutnya berdoa banyak-banyak ketika waktu Pendidikan Islam.
Sama ke doa waktu kelas tu dengan solat fardu Zuhur? Nak solat Zuhur waktu Pendidikan Islam?😏😏😏. Waktu pun belum masuk.😑😑😑
Doa... teruskan berdoa.
Solat fardu itu wajib... kot-kot maksud fardu pun tak tahu.
Tergugat ke perpaduan kalau murid Islam stay back beberapa minit untuk solat?
Inilah akibatnya tak kenal Islam dan peribadi Rasululullah s.a.w. Orang Islam yang beriman lebih baik akhlaknya, lebih suka menolong dan sentiasa berbuat baik kepada sesama insan walaupun berlainan agama.

Kalau Ummi, sebagai ibu bapa, Ummi berbanyak-banyak terima kasih jika ada pihak yang ingin membantu memastikan anak-anak Ummi menunaikan solat.

Kalau tak mahu turut sama berbuat kebaikan, usah dihalang niat dan usaha baik orang lain.

Jika kita menggagalkan usaha baik orang lain, menangkah kita di mahsyar nanti?
Yakinkah kita yang kita mempunyai jawapan yang terbaik untuk membela diri kita ketika itu?

No comments:

Post a Comment