Sunday 3 December 2017

Ipad Mini Akhirnya Milik Darwisy

Akhirnya menjadi milik Darwisy Mohd Yussof...
Lebih 2 tahun tak digunakan ipad mini ni. Retak seribu dan tak boleh nak tekan password.

Hari ini, tergerak pula hatj Ummi nak baiki. Baiki di Angsana Mall, kedai bawa eskalator menuju ke food court. Sebaik sahaja dibaiki skrin yang pecah, pekedai minta password daripada Ummi (Ummi ingat tak ingat  password tu), keluar paparan segala apps yang sedia ada. Semuanya dalam keadaan masih baik.

Tidak sia-sia Darwisy menjaganya dengan baik selama ia tak digunakan.

Ipad mini ini sangat berjasa pada Ummi. Ummi baca nota semasa belajar untuk ijazah pertama guna ipad mini ni. Ipad mini ini mesra powerpoint dan pdf. Dengan ipad ni juga, Ummi selesaikan i-THINK.
Ipad mini ini adalah pemberian daripada Abi.

Darwisy tak boleh guna dengan sewenang-wenangnya. Ummi akan kawal supaya Darwisy tidak leka sehingga mengabaikan perkara-perkara yang jauh lebih penting.


No comments:

Post a Comment