Sunday 3 December 2017

Si Pencari Pokka

Kisah budak si pencari telur dan penangkap pokka...
Darwisy Mohd Yussof...

Dia suka merayau di sekeling kawasan sekolah. Menghendap alam flora dan fauna. Itulah minatnya yang paling ketara. Semalam, dia bawa balik sebutir telur ayam. Hendak dibina mesin pengeram telur daripada lampu katanya.

Peningkatannya dalam PKSR 2 tahun ini amat ketara. Dia pernah berkata seolah-olah berputus asa... "Susah untuk dapat semua A, apalagi Tempat Pertama kerana persaingan di kelas Arif memang sengit.
Dia tak pernah mendapat A dalam Matematik sepanjang Ummi menjadi guru Matematiknya sejak di Tahun 2 dan tahun ini kecuali...
Kali ini, Kertas 1 Darwisy 29/40. Tak begitu kukuh. Biasanya 32 dan ke atas baru selesa. Tapi, tak sangka Kertas 2 Darwisy membolehkannya mendapat A.

Kali ini, dia berjaya mencapainya. Ummi harap ini dapat memberi semangat pada Darwisy yang Darwisy memang boleh berjaya dengan cemerlang jika ada usaha dan doa yang istiqamah. Dua hal ini memang Ummi tekankan.

Ummi tak mahu anak-anak bergantung pada Ummi untuk belajar dan buat ulangkaji. Ummi memang tidak menghadap mereka malam-malam untuk pastikan mereka buat belajar. Ummi mahu mereka ada rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan be independent. Ummi cuma ingatkan mereka apa yang perlu mereka buat.

Beberapa minggu kebelakangan ini, Ummi mula melatih Bunyamin Mohd Yussof dan Darwisy solat hajat 2 rakaat selepas solat Isya'. Semoga mereka istiqamah.
Pada murid-murid 3 Arif tadi pun Ummi berpesan, jangan esok lusa nak UPSR, PT3, SPM... baru kelam-kabut hendak berdoa dan solat hajat. Mulakan dari sekarang.
Tiada yang lebih baik daripada usaha dan doa yang istiqamah. Allah menyukainya.

Setakat ini, kehadiran anak-anak Ummi ke sekolah penuh, sejak mereka menjejakkan kaki ke Tahun 1.

Buat rakan-rakan yang ada anak febrile fit, 'tarik' atau 'nyetok' ketika kecil, Darwisy ini adalah salah seorang daripadanya. Kali terakhir Darwisy kena 'tarik', di sekolah semasa Tahun 1. Darwisy demam ketika itu. Alhamdulillah, dengan izin dan kehendak Allah, perkembangan kognitif Darwisy normal dan memberangsangkan.

Semoga ada miracle untuk Bunyamin dan Humaira Mohd Yussof juga suatu hari nanti. In syaa Allah, ia akan ditakdirkan bila tiba masanya.



Apa yang sedang dibuatnya...

Ummi sedang agihkan susu 1 Malaysia kepada murid-murid yang berkenaan di dewan sekolah. Dari tingkap, Ummi ternampak kelibat seorang murid yang sangat Ummi kenali di belakang dewan. Ummi tahu dia sangat sukakan flora dan fauna. Akhirnya, Ummi tahu apa hasil tangkapannya... comel tak?😂😂😂

Darwisy Mohd Yussof... semoga menjadi saintis yang hebat lagi terbilang suatu hari nanti. Aamiin yaa Fattah... Yaa Razzaq...



No comments:

Post a Comment