Sunday 3 December 2017

Semua A Tapi bukan Top 3

Macam Bunyamin Mohd Yussof dan Darwisy Mohd Yussof di sekolah agamalah ni. Semua subjek A tapi tak dapat ranking top 3.

Ibu bapa jangan cepat melatah. Kalau anak-anak kita tak ada dalam ranking top 3, tak dapat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan, kita boleh buat refleksi atau muhasabah diri. Diri kita sendiri dan anak-anak kita juga.

Kenapa murid lain dan bukan anak kita dapat top 3? Mungkin sebab murid-murid itu usahakanya jauh lebih hebat daripada usaha anak-anak kita. Siapa yang usaha lebih, tentulah ganjarannya pun lebih juga dari sisiNya.

Tentang kitaran jahat ni... betul ke jahat sangat?

Mungkin tidak sejahat mana pun jika ibu bapa tidak menekan anak mesti dapat top 3, top 10 dan sebagainya. Ramai juga ibu bapa yang over dalam hal ni. Anak dapat semua A, dah kira bagus sangat dah tu. Bersyukur. Minta Allah gandakan kejayaan pada masa akan datang dari mana-mana jalan yang diberkatiNya.

Kita suka nak berlumba dengan orang lain, nak berada di atas orang lain. Nak mengalahkan orang lain.
Niat menuntut ilmu sebegini dah tak betul. Cuba niatkan kita mahu berusaha bersungguh-sungguh dan mahu berjaya setimpal dengan usaha kita. Kita mahu berjaya dengan rahmat Allah. Tak perlu fikir kita di atas atau di bawah siapa.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan tidak kita miliki. Semua itu ketentuanNya dan adalah yang terbaik untuk kita. Teruskan berusaha dan berdoa. Setiap satu usaha dan doa itu pasti ada ganjaran dari sisiNya. Tiada usaha dan doa yang sia-sia...
Ganjaran itu mungkin adakalanya dalam bentuk yang sukar kita mengerti pada awalnya... tapi akhirnya kita akan faham, tersenyum dan mensyukurinya.

Pesanan Ummi untuk diri Ummi sendiri juga ni. Dalam usaha dan proses membesarkan anak-anak. Semoga Ummi dikurniakan hikmah dalam mendidik anak-anak. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.

___________________________________________________

Tentang sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan...

Suatu ketika dulu hendak digantikan dengan PBS.
Bagi Ummi PBS lagi jahat. Sebab... ramai pendidik yang tiada integriti dalam perlaksanaannya. Ada sekolah-sekolah yang pentadbirnya tetapkan kelas sekian-sekian mesti diberikan Band 6 (band tertinggi) walaupun yang layak dapat band 6 dalam kelas itu adalah minoriti.
Bagi pendidik yang berintegriti dan memikirkan soal keberkatan, Band diberikan pada murid pada kadar yang selayaknya.
Nampak kesannya???
Mana lebih jahat???

Itu belum lagi yang buat penilaian acuh tak acuh,  menilai ikut 'muka' dan tingkah laku murid...

Berorientasikan peperiksaan atau PBS... kedua-duanya tetap dihantui oleh individu-individu yang tidak boleh menerima kenyataan dan hakikat bahawa itulah tahapnya... itulah pencapaiannya...

No comments:

Post a Comment