Sunday 3 December 2017

Teleskop Darwisy

Siap dipasang. Dipasang sendiri sepenuhnya oleh Darwisy Mohd Yussof. Darwisy and the gang, Bunyamin Mohd Yussof dan Humaira Mohd Yussof sedang fikirkan tempat yang sesuai untuk meneropong ke angkasa.

Berusahalah wahai anak-anak Ummi. Ummi pasti hargai kejayaan yang dicapai.
Mungkin Ummi akan tawarkan hadiah untuk pencapaian di sekolah agama untuk tahun ini juga. Walaupun tidak dapat top 3, Amin nombor 4 dan Darwisy nombor 5, tetapi dengan purata markah yang tinggi telah dicapai, tidak salah Ummi tawarkan hadiah untuk anak-anak.

Dalam sembang ustaz-ustaz Amin dan Darwisy tadi, ada perkara positif yang boleh Ummi ambil. Amin dan Darwisy, kedua-duanya sangat aktif dan cemerlang dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Rajin ke hadapan untuk memberikan jawapan dan menyelesaikan tugasan. Mempunyai keyakinan diri dan sifat kepimpinan.

Carilah sesuatu yang positif pada diri anak-anak. Berikan penghargaan bukan sahaja sebagai menghargai kejayaan mereka tetapi juga sebagai tanda kasih sayang.



Hadiah kedua...
Teleskop sudah sampai...

Bangun tidur, Darwisy Mohd Yussof pasang teleskopnya... tapi tak sempat siap. Manual belum sempat Darwisy study.

Kena fikirkan port yang sesuai untuk guna teleskop ni.



No comments:

Post a Comment