Sunday 3 December 2017

Hadiah Paling Berharga untuk Anak-anak Ummi

Sangat bagus mengamalkan pelbagai doa, zikir dan amal soleh lain untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan.

Tapi...
Lebih baik jika usaha seorang ibu atau bapa melangkaui usaha singkat itu. Doa dan solat hajat untuk anak-anak secara istiqamah, sepanjang masa.

Dan bila anak akan menghadapi peperiksaan, minta dan latih anak sendiri untuk banyak berdoa dan bersolat hajat. Semoga kejayaan yang dicapai lebih berkat dan anak lebih memahami bahawa kejayaan itu adalah anugerah Allah. Biar anak sendiri merasakan indahnya rahmat dan kurniaan Allah dalam setiap kejayaan yang dicapai.

Ummi pun belum praktik lagi ni pada Bunyamin Mohd Yussof, Darwisy Mohd Yussof dan Humaira Mohd Yussof bab latih solat hajat ni. Ummi kongsikan ini untuk ingatkan diri Ummi sendiri juga. Semoga Ummi mendapat kekuatan daripadaNya untuk usahakan yang terbaik buat anak-anak Ummi. Aamiin.

No comments:

Post a Comment