Sunday 3 December 2017

Tukang Masak Cilik: Wrap

Latihan cuti sekolah...

Latihan hidup berdikari dan bertanggungjawab.
Latihan membantu Ummi buat kerja rumah.
Latihan menyediakan sarapan untuk semua ahli keluarga.
Ringkas je wraps ni sebab cheese dan salad dah habis. Ringkas tetapi sangat bermakna.

Bukan latihan sangat pun sebab Bunyamin Mohd Yussof memang excited nak buat. Amin banyak bantu Ummi buat kerja rumah. Amin juga minat memasak.

Adakalanya, Ummi beri Amin upah. Tapi... Ummi ada beritahu Amin yang upah ni bukan untuk selalu kerana menunaikan tanggungjawab tidak memerlukan upah. Amin akan kumpul upah yang Ummi beri. Kalau Amin nak beli sesuatu terutamanya bila kita ke Mr. D.I.Y, Amin akan gunakan duit tu.

Ummi nak mendidik anak-anak Ummi menjadi insan. Insan yang hebat dan berjaya dunia akhirat. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.

Esok... kita dah plan untuk satu percutian ala-ala 5 sekawan dalam buku Enid Blyton.
Petang nanti kita pergi beli barang yang perlu.
Bawa bekal, backpack, ke destinasi dan enjoy...
Destinasi area Ipoh je sebab Abi tak cuti. Kan dah kata konsep 5 Sekawan Enid Blyton... in syaa Allah.





No comments:

Post a Comment