Sunday 3 December 2017

Malam Di Teluk Intan

1 Dis 2017, Jumaat, kami ke Teluk Intan kerana Ummi membuat pembentangan di Seminar Kebangsaan Amalan Pendidikan Terbaik 2017.
Kali pertama kami ke Teluk Intan.

Dalam perjalanan, kami singgah di RnR Tapah untuk menjamu selera di Tuuu dia... Pak Tam. Ummi, Abi dan Darwisy makan nasi Arab lauk kambing. Bunyamin makan bihun sup perut, Yaya dan Aeman tak nak makan, masih kenyang kata Yaya.


Kami tiba di sana hampir malam. Kami check in di Hotel Intan dan meronda-ronda di dataran Menara Condong Teluk Intan. Suasana di sini pada waktu malam sangat cantik dan meriah dengan pelbagai aktiviti santai untuk anak-anak.






Darwisy bermain buih sabun gergasi. RM5 untuk sebesen kecil.buih sabun dan tali acuannya.



Bunyamin, Humaira dan Huzaiman pula bermain kereta mini yang boleh dipandu. RM10 sebuah kereta untuk tempoh 20 minit. Dapat sebuah BMW dan sebuah Mercedes... hihihi...







Selepas itu, kami makan sate di medan selera. Sate ayam saja yang tinggal...






No comments:

Post a Comment