Sunday 3 December 2017

Hadiah Kecemerlangan yang Rare

Hadiah kecemerlangan Darwisy Mohd Yussof suatu ketika dulu.😅😂

Darwisy, budak yang agak rare dan aneh permintaan hadiahnya.
Semasa Darwisy 5 tahun, Darwisy dapat Tempat Pertama di Taski Al-Hilal. Ummi atau Abi akan tawarkan hadiah bila anak dapat pencapaian cemerlang.

Darwisy minta set mop ni sebagai hadiahnya. Abi beli dan hadiahkan pada Darwisy. Hadiah rare memang sukar dilupa dan berkekalan lebih lama 😁😁😁.

Bunyamin Mohd Yussof pun dapat Tempat Pertama ketika tu. Bunyamin minta mainan. Ummi pun dah lupa apa mainannya. Bukan setakat Ummi, Bunyamin sendiri pun dah lupa.😅

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Pandai-pandailah pilih hadiah,
Hadiah rare dikenang jua😁😂


No comments:

Post a Comment