Sunday 3 December 2017

Pengisian untuk Anak-anak Bagi Cuti Sekolah Hujung Tahun

Cuti sekolah yang panjang...

Apa yang wajar dilakukan?
Beri anak-anak pengisian yang terbaik.

Dulu... semasa Bunyamin Mohd Yussof berumur 7 tahun, di penghujung tahun dalam cuti persekolahan sebeginilah, Bunyamin khatam al-Quran.
Ada masa yang panjang ni, usaha dapat digandakan. Dalam usaha nak khatam ketika itu, Bunyamin akan baca 2-4 muka surat selepas setiap solat fardu. Kelebihan Bunyamin, Amin cepat 'mengenal' jadi bolehlah pecut.
Darwisy Mohd Yussof pula khatam semasa di Tahun 2.

Semasa cuti sekolah ni juga, peluang terbaik untuk melatih anak-anak menunaikan solat Dhuha secara konsisten, setiap pagi dan solat hajat pada setiap malam.
Terangkan pada anak-anak apa doa terbaik untuk dipohon. Sekali-sekala, tanya anak-anak, apa doa yang mereka panjatkan ke hadrat Illahi. Tujuannya supaya kita pasti yang anak-anak betul-betul tunaikan solat-solat sunat ini dengan hadirnya hati dan jiwa mereka. In syaa Allah.

Mungkin agak susah untuk mengejutkan anak-anak di tengah malam bagi mendirikan solat hajat. Buat permulaan, latih dulu anak-anak solat hajat selepas solat Isyak.

Semoga Allah menjadikan kita dan anak-anak kita dalam golongan orang-orang beriman lagi soleh. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.

No comments:

Post a Comment