Sunday 3 December 2017

Supplemen Anak Pintar

Huhuhu...
Betul ke dengan ambil suplemen anak boleh dapat result superb???

Adakah hidup ini semudah itu?

Tapi... kenapa pelajar-pelajar cemerlang SPM terutamanya yang pernah dilaporkan sebelum ini, tidak seorang pun yang dikatakan  mengambil suplemen?

Sebaliknya, kebanyakan daripada mereka mengambil 'suplemen rohani' disamping banyak berusaha. 'Suplemen rohani' mereka ialah doa, solat hajat, solat Dhuha dan mengaji al-Quran.

Tingkatkan pengambilan 'suplemen rohani' diri anak-anakku, Bunyamin Mohd Yussof, Darwisy Mohd Yussof dan Humaira Mohd Yussof. Ia merupakan usaha yang terbaik yang hasilnya bukan sahaja boleh dituai di dunia yang fana ini bahkan di akhirat yang kekal abadi. In syaa Allah. Dengan ini, kebergantungan kita pada Allah lebih kuat, lebih tinggi. Pada masa yang sama, kita mesti belajar bertawakkal dan redha. Apapun usaha yang dilakukan dengan mengingati Allah pasti tidak sia-sia di sisiNya.

Ummi dulu... tuisyen tidak... suplemen jauh sekali...
Tapi... doa memang tak putus. Ummi selalu fikir, Allah rezekikan Ummi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM, Diploma, Ijazah Pertama dan Sarjana kerana Ummi banyak berdoa dan sifatNya yang Maha Pemurah.

Doa dan usaha kunci kejayaan. Semoga setiap kejayaan yang dikecapi diberkatiNya... diredhaiNya. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.

No comments:

Post a Comment