Sunday 3 December 2017

Temankan Ummi Ke UPSI

Baru sampai di rumah...

Pagi tadi Ummi punggah semua anak pergi UPSI. Abi kerja. Jumpa Prof untuk isi laporan akhir pengajian Ummi kepada MyBrain15. Prof tulis "Sudah tamat pengajian dengan cemerlang". Then, Prof tanya, "Apa lagi yang boleh saya buat untuk awak?". Ummi cuma minta Prof sahkan salinan surat tamat pengajian dan transkrip.

Ummi tanya Prof tentang artikel jurnal yang Ummi serah pada Prof dulu. Prof kata sudah dihantar pada penilai tetapi tahun depan baru dapat diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia kerana kuota untuk tahun ini telah penuh. Terbit tahun depan pun tak mengapa bagi Ummi asalkan diterbitkan juga. Itu yang penting. Prof kata kalau hantar kepada jurnal luar lagi lama. 2, 3 tahun biasanya baru diterbitkan.

Prof tanya Ummi tentang hasrat nak sambung Ph.D. Ummi bagitahu Prof yang Ummi memang nak sambung dan Ummi nak letak nama Prof siap-siap sebagai Penyelia.

Prof ada beri pandangan tentang biasiswa cuti bergaji penuh HLP. Macam Prof, Prof memang tak ambil sebab tak nak terikat dengan KPM selepas tamat Ph.D. Prof kata bila dah tamat Ph.D, cita-cita dan semangat bukan lagi di sekolah. Keinginan pada ketika itu lebih kepada ingin menjadi pensyarah. Setelah susah payah berusaha gigih untuk Ph.D, timbul perasaan ingin mendapatkan sesuatu (kerjaya) yang lebih memberi kepuasan. Tapi, Prof kata terpulanglah pada hasrat dan matlamat masing-masing.

Bahang konvokesyen sudah terasa. Signboard konvekesyen sudah menggamit kedatangan para graduan, termasuk juga signboard ucapan tahniah untuk para graduan. Ini foto di UPSI Lama berdekatan IPS. Hi-tea Konvo nanti di UPSI Lama, di SITC. Konvokesyen di UPSI Baru.

Bergambar di hadapan signboard konvokesyen UPSI berdekatan bangunan e-learning.


Dalam perjalanan balik, Ummi belanja makan di RnR Tapah, Tuuu dia... Pak Tam




No comments:

Post a Comment