Sunday 3 December 2017

Kejayaan Anak Orang, Kejayaan Anak Kita...

Musim akhir persekolahan ni, banyak post tentang Hari Anugerah di sekolah masing-masing dan tidak kurang juga rakan-rakan di facebook ni yang berkongsi kejayaan cemerlang anak-anak.

Ummi boleh simpulkan bahawa ramai rakan fb Ummi mempunyai anak-anak yang pintar dan berjaya.

Ada yang berpendapat, kejayaan anak-anak jangan ditunjuk di media sosial...

Tapi Ummi... suka lihat perkongsian kejayaan anak-anak rakan. Mana-mana kejayaan anak-anak rakan yang melintasi wall Ummi, Ummi akan like.
Sambil itu, berdoa semoga Allah memberikan kejayaan cemerlang kepada anak-anak Ummi juga.

Lihatlah sifat ar-Rahmaan, ar-Razzaq dan al-Fath Allah pada setiap anugerah kejayaan itu.

Pelik pula bila ada yang fikir, perkongsian kejayaan ini akan buat yang tidak berjaya kecil hati dan sedih. Ambillah aspirasi dan semangat daripada perkongsian kejayaan itu. Mudah-mudahan yang tidak berjaya sekarang akan berjaya juga pada masa depan.

Be fair and optimistic.
Don't be bias and so pessimistic.

Kalau ada rasa tak gembira lihat orang lain berjaya, adalah tu something wrong dalam hati.

No comments:

Post a Comment