Sunday 3 December 2017

Never Give Up My Children

Bila kita tak berjaya miliki apa yang kita inginkan atau tidak mencapai tahap yang kita harapkan...

3 pilihan yang biasa ada...

1. Putus asa dan tidak ingin mencuba lagi
2. Rilex je, lantaklah dan abaikan saja
3. Berusaha lebih gigih agar kejayaan itu akan digenggam jua (percaya jika berusaha bersungguh-sungguh, pasti Allah akan berikan kejayaan itu).

Yang no.3 itulah yang sepatutnya kita jadikan pegangan. Tidak kita melalui suatu ujian melainkan ada hikmah di sebaliknya. Usah dipersiakan peluang yang datang daripada kegagalan. Peluang untuk berusaha memperbaiki diri, meningkatkan kualiti diri dan mencapai kejayaan yang jauh lebih cemerlang.

Kita akan dapat melihat jalan-jalan usaha yang lebih luas, lebih banyak pilihannya melalui suatu impian yang tidak tercapai pada masa ini. Ia bukan titik noktah tetapi permulaan untuk kejayaan yang lebih hebat. In syaa Allah. Aamiin yaa rabbal aa'lamiin.

Best juga tonton video tentang Mr Bean, Rowan Atkinson. Tentang kepintarannya (masuk Oxford tuuu...). Tapi...ada suatu kekurangan pada dirinya yang menyebabkan dia tidak berjaya mencapai cita-citanya dalam dunia lakonan untuk sekian lama. Banyak usahanya tidak berhasil. Dia tidak berputus asa dan merintis jalan kejayaannya sendiri. Akhirnya, dia mencapai kejayaan impiannya bahkan mungkin lebih lagi daripada itu. Video yang penuh inspirasi.

Never give up. Believe in Allah. We will find the road to victory. Aamiin.

No comments:

Post a Comment