Sunday 3 December 2017

Kejayaan dan Ketidakjayaan 2017

Kisah hari ini...

Penyampaian Anugerah NILAM dan Pertandingan Mewarna. Darwisy dan Bunyamin, Anugerah NILAM. Humaira Mohd Yussof Tempat Pertama Pertandingan Mewarna Hari Kanak-kanak.

Cuti ini Ummi akan sedaya upaya pastikan Bunyamin Mohd Yussof dan Darwisy Mohd Yussof membuat catatan NILAM seberapa banyak yang boleh. Kalau ada kelapangan, kita akan menjelajah perputakaan-perpustakaan. In syaa Allah.

Always be optimistic and have faith...

Bunyamin dan Darwisy, dua-duanya tiada rezeki untuk ke USIM cuti persekolahan ini. Mungkin antara hikmahnya, untuk kita gunakan masa cuti ini bagi mengusahakan sesuatu yang lain. Bunyamin akan dicalonkan untuk tokoh NILAM sekolah. Ummi rasa cuti ini perlu dimanfaatkan untuk melipat gandakan catatan NILAM.
Begitu juga dengan Darwisy, perlu tambah catatan NILAM.

Selain daripada itu, kita akan spend time together, jalan-jalan dan makan-makan.
Ummi juga akan cuba lihat tahap penguasaan Matematik anak-anak. In syaa Allah. Antara kelemahan Bunyamin yang telah Ummi kenal pasti ialah tajuk peratus, perpuluhan dan pecahan.

Kalau ada kesesuaian dan rezeki, Tahun 6 nanti Ummi akan minta Amin duduki UKM1 sekali lagi. Kalau-kalau ada rezeki untuk ke Mukhayyam al-Abrar. Manalah tahu kalau-kalau ketika itu nanti, Bunyamin sudah lebih matang dan rajin berusaha. Aamiin yaa Allah.
Kalau tidak ada rezeki di situ, tidak mengapa...
Jalan kejayaan itu ada banyak... Jika Allah tutup suatu jalan, pasti Allah bentangkan jalan yang lain.
Prinsip Ummi... kita mesti rajin mencuba. Jika ada rezeki Allah nak beri, adalah... Kalau tiada, tak mengapa kerana kita sudah mencuba. Adalah tu Allah gantikan dengan rezeki yang lain.

Ceritakan tentang kejayaan...
Ceritakan tentang ketidakjayaan...
Barulah dinamakan kehidupan...
Berjaya atau sebaliknya, ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripadanya. Tapi dengan syarat, kita mahu...

Orang yang rajin berusaha, akan belajar bertawakkal. Usaha tidak menjamin kejayaan. Oleh itu, kita kena sentiasa bertawakkal. Jika tawakkal itu ada dalam hati, barulah keredhaan akan terbit. Redha untuk menerima apa juga ketentuan Allah. Sesuatu yang agak berat bagi kita kan??? Terutamanya apabila apa yang dirancang tidak menjadi. Apa yang dihajati tidak dicapai.
Belajar... belajar dan terus belajar melatih diri untuk menjadi hamba yang redha menerima ketentuan Allah dan diredhai Allah. In syaa Allah.

Tadi... dalam kereta, Ummi ada cerita dengan Bunyamin, Darwisy dan Humaira tentang usaha untuk mencari kejayaan yang diberkati.
Nanti Ummi update status tentang cerita kita tadi...






No comments:

Post a Comment